TETAMU TAK DIUNDANG JAM 1 PAGI
Hari Ahad malam Isnin atau lebih tepat pagi Isnin lebih kurang jam 1 pagi, ada tetamu kecil masuk dalam ofis saya di rumah. Saya tengah siapkan banyak nota2 untuk pelbagai program saya di hari Isnin, Selasa (Hari Awal Muharram), Rabu dan Khamis. Ini minggu paling sibuk. Sepanjang 4 hari ini, terdapat hampir 8 pembentangan dan 15 mesyuarat.
Tetiba seorang kanak2 kecil masuk dalam ofis saya sengan senyum bersimpul. Adeel Zaydan. Cool je.
Saya tak sangka dia masih belum tidur. Saya terpaksa layan dia sekejap. Terhibur juga dengan telatah dia. Selepas beberapa minit, saya sediakan beberapa batang pencil dan diletakkan dalam bekas pensil. Saya tawar kepada dia untuk dia balik ke bilik bagi tidur. Berjaya.
Saya terus berjaga malam memasang minyak pelita malam. Burning midnight oil. Dalam syair Arab, sesiapa mencari ketinggian, pasti akan berjaga malam (من طلب العلى سهر الليالي
Alhamdulillah, semua program saya berjalan dengan lancar dari awal pagi sampai malam. Cuma suara dah semakin lemah. Sesi pagi tadi tentang Islamic social finance selama 3 jam mengakhiri pembentangan saya yang serius.
Besok dan hari Sabtu ada beberapa pembentangan bersantai.
Mulai minggu depan, saya nak kurangkan pembentangan dan nak fokus bagi kembali menulis. Memang kena trade-off dalam kehidupan. Dah lama tak menulis.
MDB